Hi, how can we help?

[Produk Digital] Soalan Lazim Ciri Auto Langganan

Bahasa Malaysia | English
 
1. Apakah ciri Auto Langganan? 
 
Auto Langganan adalah ciri yang dapat membantu anda menetapkan transaksi prabayar dan pakej data berulang kali setiap bulan melalui aplikasi Shopee.
 
2. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan ciri Auto Langganan? 
 
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengaktifkan ciri pembayaran Auto Langganan:
 
Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Case Tracker 2 .gif  
Langkah 1: Klik pada ikon Lihat Lagi di halaman utama
Langkah 2: Klik pada Prabayar, Bil & Tiket
Langkah 3: Klik pada Tambah Langganan+
Langkah 4: Pilih Produk atau Bil yang anda ingin aktifkan ciri auto-debit
Langkah 5: Isi Butiran Langganan
Langkah 6: Pilih Denominasi
Langkah 7: Pilih antara Denominasi Pembayaran
Langkah 8: Pilih Kekerapan
Langkah 9: Pilih Kekerapan Pembayaran dan Tarikh auto-debit yang anda ingini
Langkah 10: Tandakan kotak Terma dan Syarat
Langkah 11: Klik pada Sah
Langkah 12: Klik pada Saya Setuju
Langkah 13: Klik OK
Langkah 14: Lihat butiran langganan anda
 
3. Bagaimanakah cara untuk menghentikan pembayaran Auto Langganan yang masih aktif? 
 
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menghentikan pembayaran Auto Langganan:
 
Langkah 1: Klik pada Prabayar, Bil & Tiket
Langkah 2: Pilih Pembayaran Auto Langganan
Langkah 3: Pilih langganan auto aktif yang anda ingin batalkan
Langkah 4: Klik pada Batal
Langkah 5: Pilih Sebab Pembatalan anda
Langkah 6: Klik pada Sah
Langkah 7: Pilih Ya
Langkah 8: Masukkan PIN ShopeePay anda
 
4. Apakah kaedah pembayaran yang tersedia untuk ciri Pembayaran Auto Langganan? 
 
Pada masa ini, kaedah pembayaran yang tersedia untuk ciri Pembayaran Langganan hanya melalui ShopeePay.
 
5. Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada Auto Langganan saya berjaya? 
 
Anda akan menerima notifikasi email dari Shopee setelah pelan langganan berjaya diaktifkan.
 
6. Mengapakah status Auto Langganan saya tidak berjaya? 
 
Jika langganan anda tidak berjaya, kemungkinan besar disebabkan oleh dana yang tidak mencukupi dalam Dompet ShopeePay anda. Sila pastikan bahawa Dompet ShopeePay anda mempunyai dana yang mencukupi untuk deduksi sebelum mencuba lagi. Jika masalah ini masih berlanjutan, sila dapatkan bantuan khidmat pelanggan kami melalui saluran yang terdapat di bahagian bawah halaman.
 
7. Bilakah deduksi pembayaran akan dilakukan untuk pembaharuan langganan? 
 
Deduksi pembayaran dari Dompet ShopeePay anda akan dilakukan setiap bulan dari tarikh anda membuat langganan. Sebagai contoh, jika jadual transaksi bermula pada hari ke-10, maka transaksi berikutnya juga akan dilakukan pada hari ke-10 dalam bulan berikutnya.
 
8. Apakah akan terjadi jika saya mempunyai dana yang tidak mencukupi semasa deduksi pembayaran? 
 
Jika deduksi pembayaran gagal, anda akan menerima notifikasi emel sebagai peringatan dari Shopee. Notifikasi ini akan memberitahu anda tentang kegagalan deduksi dan mengingatkan anda untuk memeriksa Dompet ShopeePay anda untuk memastikan perkhidmatan tidak terganggu dan mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul.
 
9. Bolehkah saya menukar kaedah pembayaran untuk Auto Langganan aktif saya? 

Tidak. Pada masa ini, pembayaran hanya boleh dibuat melalui ShopeePay.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ciri Pembayaran Auto Langganan Shopee untuk bil dan produk kegemaran anda, sila lihat Terma & Syarat
Was this article helpful?
Yes
No